by Khairil Ashraf December 16, 2015 Sumber : Free Malaysia Today
PETALING JAYA : Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendakwa kajian kos faedah oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah tidak lengkap.
Menurutnya, kajian itu tidak membincangkan tentang monopoli ubat dan kenaikan harga ubat-ubatan sekiranya Malaysia menandatangi TPPA.
“Dalam perhitungan mereka, perjanjian yang akan ditandatangi oleh Malaysia hanya berkait dengan hak milik intelektual tidak akan membawa kenaikan pada harga ubat-ubatan.
“Ini adalah kerana dasar-dasar Malaysia sedia ada adalah ketat dan tidak ada ruang untuk memanjangkan (tempoh) paten. Paten ini mana-mana firma boleh mendapat ruang maksima untuk 20 tahun. Untuk 20 tahun itu tidak ada persaingan untuk ubat yang sama.
Menurutnya, sekiranya Malaysia menandatangi TPPA, ia akan menguntungkan syarikat berbanding kepada rakyat Malaysia.
“Dalam ruang TPPA ini jangka masa 20 tahun boleh dipanjangkan lebih daripada 20 tahun. Keuntungan firma-firma besar adalah (dari)jangka masa kepanjangan paten (ini),” katanya pada sidang medianya di sini pada Selasa.
Jelasnya, ini disebabkan hanya sebuah syarikat sahaja yang memonopoli ubat tersebut dan syarikat itu boleh menjual kepada orang ramai pada harga yang dimahukannya.
“Jika hanya satu syarikat sahaja yang memasarkan, harga ubat itu tidak dapat diturunkan kerana hanya syarikat itu sahaja yang menjual ubat terbabit,” katanya
Tambahnya, menurut kajian, kebanyakan rakyat Malaysia mengidap penyakit, menerima gaji yang tidak besar dan menghadapi masalah kewangan
“Sekarang kita ada suasana di mana kerajaan akan tandatangan TPPA yang akan panjangkan paten. Tetapi realiti di Malaysia sekarang adalah perkara ini akan menjadi cabaran yang besar kepada rakyat Malaysia.
“Dasar ubat nasional 2012 juga jelas menunjukkan perlu memberi ubat pada harga berpatutan,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment